Dalam meniti hari-hari mendatang, menanti kelahiran putera tersayang kami, terlalu banyak rintangan dan dugaan yang perlu kami tempuhi.. Terlalu banyak sehingga tidak terlarat hendak aku nyatakan disini.. Namun aku amat bersyukur, di atas berkat kesabaran aku dan suami, ternyata ada sinar disebalik dugaan yang kami tempuhi.. Rezeki yang datang melimpah..ku panjatkan syukur pada Illahi.. Sesungguh bayi ini adalah sebesar rahmat dariMu..
Aku bersyukur kerana punyai seorang suami penyayang.. amat memahami keadaanku ketika ku hamil. Walaupun kami tidak punyai sebarang pengalaman kerana ini adalah cahaya mata pertama kami, namun aku rasakan setiap pengorbanannya itu tiada tandingan.. mungkin itu tanda-tanda pengorbanan seorang bakal ayah.. Sepanjang kehamilanku, aku amat bersyukur kerana tidak mempunyai masalah seperti "morning sickness" cuma terkadang aku terasa sakit belakang yang amat perit.. walau apa pun aku tetap bersyukur..
Ketahuilah puteraku sayang,
Kelahiranmu amat kami nantikan kerana Allah izinkan kami menjadi ibu dan bapa pada mu..dan kerana dirimu adalah cahaya mata kami yang sah. Kau tetap kami sayang hingga ke akhir hayat, doa kami panjatkan pada Illahi untukmu agar dirimu menjadi manusia yang berguna dan taat pada agama. Sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari kesalahan dan dosa, telah kami maafkan dirimu dari lahir hingga ke akhir hayat kami.
Ingatilah kami dalam setiap doamu.
Sesungguhnya, kelahiranmu adalah pintu rezeki bagi kami di dunia dan dugaan yang bakal kamu beri pada kami adalah penentu pintu syurga bagi kami di akhirat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kami sayang padamu.. Adam..