Thursday, 15 March 2012

Rumah Mak atau Mertua

Memandangkan aku akan bersalin tidak lama lagi... kami masih lagi terfikir nak duduk mana sepanjang tempoh pantangku.. Suatu hari suami ku pulang dari reservist selama seminggu dan beliau dengan tenang berkata,

"kalao u nak duduk rumah Mak (iaitu ibuku), duduklah sebab I faham mungkin u tak kan selesa dengan Mama I... ramai kawan-kawan i kata selalunya perempuan lepas bersalin lebih suka dan selesa duduk bersama ibu sendiri.. jadi kalao u nak duduk ngan Mak, u duduk lah.."

Sungguh aku "confused" ketika itu namun aku bersyukur dia amat memahami.. thanks to his reservist friends for that advise.. betul lah kata orang.. bergaul dengan kawan yang baik, baiklah kita..

Memang betul aku lebih selesa duduk dengan ibuku sendiri.. namun aku tahu rumah ibuku tak lah berapa besar seperti rumah mertuaku.. ibu bapaku duduk di rumah empat bilik manakala mertuaku pulak duduk di rumah lima bilik.. namun kerana memikirkan keselesaanku, memang aku mahu duduk bersama ibuku.. kerana..yelah..mak sendiri jaga sepenuh hati sebab nya hanya satu.. bukan ke kita anak dia? bukan aku nak kata mertua tu bukan mak jugak tapi soal keselesaan itu penting.. kalao aku tak selesa nanti boleh sampai tertekan pulak.. baik-baik nak cepat baik.. nanti lain pulak jadinya.. yelah kalao duduk rumah mertua ni kita masih nak kena jaga adab kita juga.. lain lah dengan mak sendiri.. walaupun dijaga dengan ketat, kita masih lagi "bermanja" ngan mak sendiri.. bayangkan kalao kena tegur ngan mak dan kena tegur ngan mak mertua, mana satu lagi "peng"? Lain kan? Sama lah..itu yang aku jangka kan.. sekiranya aku duduk di rumah mertua.

Jadi aku betul-betul bersyukur suamiku izinkan aku duduk bersama ibuku sepanjang tempoh pantang.. 44 hari tau.. bukan sekejap?

No comments:

Post a Comment