Memang aku marah Dan sedih di Atas segala yang berlaku..
Beberapa Kali aku Cuba Berlembut denganmu..
Dan setiap Kali itu jugak lah kau sakiti hatiku dengan kata-katamu baik yang berasas mahupun yang tidak!
Lalu aku tanam perasaan benci terhadap dirimu agar hati ini tidak merindui kehadiranmu mahupun terluka dengan kata-kata kesatmu..
Namun, masih juga rindu itu muncul..
Aku tidak tahu Samada ianya melemahkan aku atau sebaliknya..
Tapi aku sikit pun tidak mengharap atau meraih simpati darimu..
Cukup lah kau biarkan kami terseksa dengan perbuatanmu..
Cukup lah aku dianiaya..
Biarkan rindu ini kusimpan dalam.. Sedalam-dalam hatiku
Dan aku tidak minta rindu Dan kasih sayangku dibalas olehmu
Hanya aku mohon simpatimu pada anakmu..
Walaupun dia belum mengerti, dia juga kenal erti rindu pada ayahnya..
Mengapa kau hukum dia sedemikian rupa?
Sebab itu aku katakan cinta itu sememangnya buta!
Kerana cinta kita perlu berkorban,
kerana cinta aku dianiaya
Kerana cinta juga lah rindu ini tetap hadir Walau sebanyak mana aku tanam benci
Aku mahu kau tahu.. Walau kau anggap semua yang kau lakukan itu betul.. Pernah kau Tanya dirimu sendiri? Adakah kau bahagia tanpa cinta? Cinta pada anak Dan isterimu.. Kau tinggalkan kami untuk hidup tanpa dirimu..
Walaupun kami terseksa dengan perbuatanmu, aku dan Adam tidak Akan membencimu.. Namun kami doakan Tuhan lindungi hidupmu kerana kami tidak mahu kehilanganmu Dan buka pintu mu untuk kami Dan lembutkan hati mu untuk pulang pada kami.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment