Hari ini genap bayi comelku Adam berumur tiga minggu.. Sepanjang seminggu aku di rumah ibuku, Adam telah banyak berubah.. kata ibuku, bayi kalao dah nak lepas hari dia pun ada ragamnya.. hmmm.. "baby pun ada ikut pantang lepas hari ke?" gumam diriku sendiri.. namun apa pun aku tetap bersyukur, ibu banyak membantuku ketika aku terkial-kial menjaga Adam tanpa suamiku disisi.. Ye.. Suamiku tiada disisi di kala aku amat memerlukannya.. tapi aku tak mahu bercerita tentang dirinya.. buat sakit hati ajer..
Ibuku tahu tentang pembedahan ceasarian yang aku lalui ketika melahirkan Adam.. siang aku yang menjaganya dan malam pula ibu ku yang ganti.. disuruhnya aku tidur agar aku dapat rehat yang secukupnya memandangkan keadaan ku yang belum pulih sepenuhnya dan telah menjaga anak sepanjang hari.. Memang meletihkan tapi aku puas kerana Adam adalah sebahagian dari hidupku.. kesian pula pada ibuku yang menggantikan tempatku di malam hari.. ibuku juga bekerja di siang hari namun masih jugak dia sudi menjaga bayiku di malam hari..Sungguh aku berterima kasih padanya.
Well Adam.. hmm mana nak mula ya.. oh ya.. dia sekarang manja sangat.. tidonya makin berkurangan dan apabila dia tido, dia mahu didakap hingga dia cukup lena.. manja kan?
Dia semakin comel.. Geraaam aku tengok dia.. Biasa nya kalao aku dah geram ngan penawar hatiku yang satu ni, setiap penjuru kulit muka nya aku cium berkali-kali.. Sungguh aku sayang padanya.. Memang betul kata orang... "tak sama dengan anak sendiri!"
Baru semalam, Auntie nya belikan dia "baby rocker".. Katanya, "kesian Adam tak ada tempat tido.." Rezeki kau lah nak.. ramai orang belikan itu dan ini.. apa pun aku tetap bersyukur.. Terima kasih ya.. hehehe
Time menyusukan dia pun dah berubah.. iyelah.. aku bagi dia partial susu badan dan susu formula.. Kata ibuku, susu badan ni tak kira waktu.. bila-bila masa baby nak, boleh dibagi.. hmmm susah jugak tu.. namun aku tetap "breastfeed" sebab tahu tahu ajer lah.. its the best formula! :p
Oklah.. nak countdown lagi seminggu ni.. sebab ADAM nak masuk sebulan! yeay!!! Means i have 10 more days til my confinement ends..
No comments:
Post a Comment