Semasa mengandung ni, banyak petua-petua yang diamalkan.. Bagi yang duduk ngan orang tua sendiri atau mertua yang mahir dalam pantang larang ni, sudah tentu senang buat anda kan? Sayangnya, aku duduk menyewa jadi jauh dari ibu bapa sendiri mahupun mertua..jadi harapkan suamiku sahaja lah.. Nasib ku baik kerana suami tak lah "pantang-pro" hehehe.. asalkan makanan tu jenis yang menyihatkan dan tak memudaratkan, confirm OK! Jadi blog ku kali ni bukan lah pasal pantang larang semamsa mengandung.. cuma apa yang aku amalkan semasa mengandung..
Pemakananku sepanjang kehamilanku, aku banyak minum susu Anmum Materna.. Tak kira lah yang chocolate ke atau vanilla..(ikut citarasa sendiri ler).. Minum tiap pagi,, tapi bila tak sempat nak buat pagi-pagi (almaklum kami berdua bekerja office hours), aku "grab" ajer air soya bean.. tapi yang "reduced-sugar".. aku ni jenis tak suka manis yang berlebihan... rasa macam kelat pulak tekak ni kalao terlebih manis.
Selain dari susu, aku banyak makan buah pisang.. (mungkin sebab tu dapat anak boy.. hahaha..) Banyak makan makanan yang bersup, atau steam.. Oh yang paling aku suka..Ikan Bakar!! Padahal aku ni jenis tak suka makan ikan tau.. Semasa mengandung boleh pulak telan ikan.. Ikan Bakar pulak tu!! Terpaksa lah suami bawak aku gi West Coast makan ikan bakar!!
Yang aku elak kan ialah buah durian.. Sebab kata orang.. kalao banyak sangat buah durian nanti bayi dalam perut cepat besar! Hmmm.. rasanya tak jalan petua tu.. sebab aku yang taksedaya upaya tak makan durian pun baby besar jugak.. hehehe..
Dan yang paling penting.. Doa!
Ini memang, InsyaAllah Tuhan makbulkan.. Minta lah yang baik dan ikhlas.. Doa yang ikhlas InsyaAllah akan termakbul.. Allah Maha Mendengar.. Kalao tak tahu apa nak minta.. senang ajer.. Berdoa lah..
"Ya Allah Ya Tuhan..Lindungilah bayi dalam kandunganku.. Lindungilah Suamiku dan keluargaku.. SesungguhNya Kau lah tempat kami berlindung. Amin"
No comments:
Post a Comment