Saturday, 28 April 2012

Kesilapanku keEgoanmu?

Sedih bila aku ingat balik apa yang berlaku pada 22th April 2012.(hari ahad waktu tu!) I have no idea what was going on but i know one thing for sure.. 

Itulah kali terakhir aku lihat suamiku, seorang yang penyayang, berubah... 

Itulah kali terakhir .... rindu dan kasih sayang hilang begitu sahaja.. 

Adakah itu adil? Siapa yang berhak menentukan keadilan? 

Masih aku teringat lagi..aku rayu padanya agar jangan dia alih tempatku.. jangan dihantar aku pulang sebelum aku cukup sembuh... kerana aku masih dalam pantang.. setiap tangisku dibiarkan tanpa belas.. katanya dengan penuh bengis.. 

" u dah baik ape.. dah boleh jalan.. dah boleh pergi KK, dah boleh ikut I jalan gi parkway parade.. tu kan dah baik..and I have seen u do things which doesnt show u are sick.. now JALAN!

Ya Allah, betapa kejamnya kata-kata yang keluar dari bibirnya.. Tiapa belas, tiada kasihan... 

Dan kemudian aku bersama anakku diheret keluar dari rumah mertuaku..namun aku tidak pasti samada mereka ada dirumah atau tidak.. Yang aku tahu, jika airmataku mampu berkata-kata, ia akan berbicara setiap kebenaran dihatiku. 

Nak tahu kenapa aku ke KK?
 
Pertama, sebab aku perlu buka jahitan ceasarian dan itu pun atas arahan doktor. 

Kedua, anak ku dimasukkan hospital kerana jaundice. 3 hari 2 malam dia disana.. biarpun airmuka ku tiada menunjuk sebarang reaksi.. namun Tuhan sahaja yang tahu betapa perit rasa nya bila anak yang baru lahir terpisah sementara waktu.. Rindunya aku pada wajah comelnya.. Sedihnya hati aku bila aku tahu dia keseorangan tanpa aku disisinya.. dalam 3 hari aku paksa diriku untuk ke KK.. sakit yang aku tanggung aku tahan kerana aku nak tengok anakku.. Tak tergambar perasaan aku ketika aku lihat wajah anakku apabila aku dibenarkan masuk melawat anakku.. kulitnya kering akibat sinaran yang disuluh padanya setiap masa,, walaupun dia tido... sayu hati aku memandangnya.. Sayangnya seorang yang digelar suami tidak dapat memahami.. Mungkin dia ingat aku suka-suka nak keluar rumah dalam keadaan aku yang masih belum sembuh sepenuhnya. 

Nak tahu kenapa aku boleh "merayap" ke Parkway Parade? 

21th April, yang sebenarnya aku mahu ke klinik..nak check luka di bahagian operationku. namun memandang hari sabtu dan doktor buka setengah hari dan aku tahu masa tidak mengizinkan aku ke doctor...ingatkan bila tengah tunggu giliran, waktu tu boleh pegi cari barang-barang keperluanku. Plan nak gi klinik tu pun aku cancel.. alasanku..mungkin aku boleh pergi di lain hari... Dan memandangkan ramai yang ada dirumah, aku minta ayah mertuaku untuk tolong tengok-tengokkan anakku buat sementara. 

Nak tahu alasan sebenar? 
Aku cukup rindu akan masa bersama suamiku.. sepanjang berada di rumah mertuaku, jarang aku dapat masa sesuai untuk bersama suamiku.. maklumlah rumah tu ada ramai orang.. adik beradik dia ajer dah tiga orang campur org tuanya dan ditambahkan dengan kehadiran kami bertiga (termasuk bayi comelku).. nak bebual privacy sikit pun susah.. yelah tak nak menyinggung perasaan sesiapa pun.. dan kita pun mahukan privacy... dan yang paling penting.. aku teramat rindu akan masa-masa bersama dengan suamiku.. hari-hari yang lain, dia bekerja, bila dia pulang dah nak pukul 8, mandi, makan dan layan baby..lepas tu dah time nak tido.. banyak aku ingin katakan padanya... namun terpaksa aku kunci bibirku dari berkata apa-apa.. 

Walaupun sekejap sahaja di Parkway Parade, aku cukup bahagia dapat bersamanya.. tapi aku tahu dia tak akan memahaminya.. Mungkin aku ni cuma patung cendana dia...

Lupa kah dia yang aku hanya ada dirinya untuk mengadu disana? Lupakah dia akan janjinya yang dia akan membela nasibku disana? Lupakah dia akan janjinya? 

Tahukan dia sepanjang masa bersamanya di ParkwayParade, sakit ini aku tahan... demi waktu sementara bersamanya.. 

Salah aku ke merindui saat-saat bersamanya? 

No comments:

Post a Comment