http://youtu.be/NQBHtk8c3CA
Pernah dengar tak lagu "Alahai Anak Omak" dari Ally Noor & Mastura.
Jumpa link dia kat youtube.com and bila terdengar lagu ini, terpandang muka anak ku yang comel tu.. Bagaimana nanti bila dia besar nanti? Mungkinkah aku akan nyanyikan lagu ni untuk dia? hehehehe... mesti dia "takmo lah mummy!!"
Bila kita renung balik video ni, ia mengambarkan seorang anak lelaki yang baru pulang ke kampung setelah bekerja di bandar untuk kumpul duit.. konon nak melamar anak dara orang.. selepas dia (anak) balik tengok mak dia, terus nak gi intai anak dara orang yang dia berkenan sangat tu?
Haizz.. itu lah lazimnya anak lelaki.. bila kecik..tangan ibu yang dodoikan dia.. bila besar.. satu hari nanti bila dia dah jumpa buah hatinya, tengok ibu sekejap lepas tu terus nak jumpa buah hati.. biasakan tu? hehehe..
Namun aku faham itu sudah lumrah.. cuma aku harap, suatu hari nanti bila kau bertemu seseorang yang paling kau sayang, jangan kau lupa ibu bapa mu ya nak..
No comments:
Post a Comment