Dalam melahirkan anak sulungku, pelbagai dugaan & cabaran yang hadir dalam kehidupan ku.. Salah satu nya, semasa kandungan ku berusia sembulan bulan, gynae ku mengesahkan bayiku berada di dalam keadaan 'breech"...atau dalam erti kata lain, "bayi songsang" (bahasa pasar bagi sesetengah kaum melayu). Jadi aku disyorkan alternative iaitu, melahirkan secara ceasarian atau short form for C-sect! Tak tergambar perasaan ku ketika itu..Nak kata sedih..tak lah jugak kerana aku percaya ini sudah ketentuanNya... aku telah lakukan yang terbaik untuk bayiku namun jika ia masih dalam keadaan Breech, apakan daya? Siapa kita untuk melawan takdir? Dalam mencari ketenangan dalam menangani isu ini, aku terpandang salah satu post di Facebook yang amat menenangkan fikiranku.. Ia berbunyi.. " Jika kita redha pada ketentuan ALLAH, InsyaAllah, Tuhan akan mengantikanNya dengan suatu hikmah yang cukup istimewa.."
Dengan itu, aku redha pada ketentuan Allah..Jika ini dugaan Allah padaku, aku redha dan aku pasti ada hikmah disebaliknya.. walaupun aku tahu melahirkan secara ceasarian ini memakan masa untuk betul-betul pulih, aku tetap redha kerana padaku yang penting adalah keselamatan bayiku..
Mengandungkan bayi selama sembilan bulan ni telah banyak mengajarku erti kasih sayang, pengorbanan dan kesabaran..
Kasih sayang :
Aku mula menyayangi bayi dalam kandunganku.. Banyak makanan seperti ikan (yang tidak pernah aku makan) pun aku boleh telan.. alasannya: ikan baik untuk kandungan bayi! Aku mula menyayangi kandunganku.. ternyata dia telah berjaya bertempat di hatiku..
Pengorbanan :
Kalau sentuh bab ni memang amat memilukan.. Tiada pengorbanan yang membahagiakan.. Aku hanya berharap pada suami kerana kami duduk menyewa.. Mungkin aku akan bercerita di lain kali tentang bab pengorbanan ni..
Kesabaran:
Sewaktu mengandung, aku hadapi pelbagai karenah dari orang sekeliling.. termasuk juga dengan suami ku.. Seringkali aku menahan sabar..(ada juga yang aku hilang sabar.. "oh well, im only human!") Di office pulak lain pulak hal nya..
Dalam erti kata lain, kehamilanku banyak mengajarku pengalaman-pengalaman yang baik dan perit. Namun aku bersyukur Allah memberi aku peluang untuk menjadi seorang ibu buat seorang bayi yang cukup comel yang menawan hatiku..tiap kali aku lihat wajahnya...
No comments:
Post a Comment